Search

Saya sangat kesal membaca berita berkenaan dengan ...

  • Share this:

Saya sangat kesal membaca berita berkenaan dengan kematian seorang kanak-kanak lelaki yang dipercayai didera di Melaka semalam.

Kanak-kanak adalah insan lemah yang seharusnya kita sebagai orang dewasa mencorak dan membimbing mereka untuk menjadi manusia berguna. Mereka juga perlu dilindungi dan diberikan kasih sayang yang secukupnya.

Apa jua masalah yang dihadapi oleh ibu bapa hendaklah ditangani dengan sebaiknya dan jangan sekali-kali menjadikan anak sebagai pelampias emosi yang berkecamuk.

Saya menyeru kepada semua ibu bapa di luar sana bagi mencari penyelesaian yang terbaik sekiranya mereka tidak mampu untuk menjaga anak-anak sendiri bukan sahaja dari aspek kewangan malah dari aspek-aspek yang lain juga.

Saya berdoa semoga semua kanak-kanak di dunia ini dilindungi dan dipelihara Allah SWT selalu.

Al Fatihah buat Allahyarham Adik Amir. Semoga anak syurga ini mendapat pembelaan sewajarnya, dikurniakan Jannatul Firdaus serta keluarga angkat adik Amir diberikan ketabahan dan kekuatan dalam mengharungi dugaan ini.

www.bharian.com.my/amp/berita/kes/2021/01/781172/kanak-kanak-mati-dipercayai-didera-ibu-kandung-bapa-tiri


Tags:

About author
Follow @n_izzah http://twitter.com/n_izzah Visit our website http://www.nurulizzah.com/ Follow our official Telegram https://t.me/NurulIzzahAnwar
This is the official Facebook Page of Nurul Izzah Anwar
View all posts